AL-KHALIL, 2 Julai 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis terus mengepung kota al-Khalil serta membatalkan permit memasuki wilayah Palestin 1948 ke atas 2,700 penduduk di kota tersebut.
Al-Khalil dikepung sejak hari Jumaat berikutan operasi besar-besaran mencari suspek yang menembak sekeluarga pendatang Yahudi dekat perkampungan Samu di barat al-Khalil.
Tentera menyekat semua laluan masuk ke perkampungan Beit Anun, Sair, al-Thahiriyah, al-Fawwar, al-Samu, Dura, Farsh al-Hawa, dan kem pelarian al-Fawwar, di samping menyekat jalan masuk ke perkampungan Nabi Yunis dengan bongkah-bongkah simen. Sekatan pemeriksaan tentera juga dibina di laluan-laluan masuk ke Sair, al-Hawawir, dan kem pelarian al-Arrub.
Tentera Zionis turut mengerahkan dua batalion tambahan ke Tebing Barat bagi melindungi pendatang Yahudi dan menghalang serangan oleh penduduk Palestin.