Zionis kini duduki lebih 85% tanah asal Palestin

RAMALLAH, 29 Mac 2017 (PIC) — Biro Statistik Pusat Palestin mendedahkan bahawa rejim Zionis kini menduduki lebih 85% keluasan asal tanah Palestin.

Seluas 40% daripada keluasan keseluruhan Tebing Barat, iitu 230 hektar, telah dirampas dan diisytihar sebagai “tanah negara” Zionis.

Sehingga akhir tahun 2015, sebanyak 413 pos penempatan haram Yahudi dan pos tentera dibina di atas tanah Palestin di Tebing Barat. Separuh daripadanya dibina di atas tanah miik persendirian penduduk Palestin.

Penempatan haram Yahudi bagaimanapun tertumpu di wilayah al-Quds, di mana terdapat seramai purata 69 orang pendatang Yahudi berbanding setiap 100 orang penduduk Palestin. Manakala di Tebing Barat, terdapat 21 pendatang Yahudi berbanding setiap 100 penduduk asal Palestin.

Rejim Zionis turut merampas 24% daripada keluasan keseluruhan Gaza apabila mereka membina zon penimbal sehingga 1,500 meter di sepanjang sempadan wilayah yang terkepung itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts