Zionis Labur US$80bilion Dalam Penempatan Yahudi

RAMALLAH, 3 Mac 2015 (MEMO) — Rejim Zionis telah melaburkan sebanyak US$80 bilion dalam projek penempatan Yahudi di atas tanah penduduk Tebing Barat dan al-Quds Timur sejak tahun 1967.

Pakar isu Palestin dan ekonomi Zionis, Assi Al-Atrash, dalam kuliah beliau di Palestinian Forum for Israeli Studies (MADAR) menyebut pelaburan tersebut merangkumi dana secara langsung bagi menjana pulangan tahunan, termasuklah dalam sektor komersial, industri dan projek pertanian, di samping mengeksploitasi sumber asli di kawasan terbabit.

Seramai 550,000 pendatang Yahudi kini tinggal di lebih 288 kawasan penempatan haram yang dibina secara haram di atas tanah penduduk Palestin yang dirompak. Hanya sekitar 30% pendatang Yahudi bekerja di kawasan penempatan, dengan menggunakan tenaga kerja 20,000 penduduk Palestin sendiri.

Menurut Assi Al-Atrash, pulangan pelaburan Zionis itu dianggarkan sebanyak US$10bilion setiap tahun.

Zionis mengeksploitasi semua sumber asli di Tebing Barat dan al-Quds, termasuklah tanah pertanian, sumber air, kuari, tanaman dan mineral yang terdapat di kawasan Laut Mati. Bahkan semua penemapatan Yahudi di Tebing Barat bergantung sepenuhnya kepada bekalan air bawah tanah di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, penduduk Palestin diharamkan daripada mengusahakan atau membuat pembinaan di seluruh Kawasan C yang merupakan 61% daripada keluasan Tebing Barat, iaitu 5,800km persegi.

Laporan Bank Dunia pada tahun 2013 mendedahkan bahawa ekonomi Palestin mengalami kerugian hampir $3.4 bilion setiap tahun, akibat hilang kuasa ke atas Kawasan C.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts