Zionis lancar kempen saman pemandu Palestin di Baitul Maqdis

BAITUL MAQDIS, 11 Jun 2017 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitul Maqdis melancarkan satu kempen menyaman pemandu Palestin di kawasan kejiranan Arab, untuk membantutkan aktiviti perdagangan dengan alasan kononnya untuk mengawal lalu lintas.

Dengan ancaman saman yang boleh mencecah sehingga 500 shekel (RM602), penduduk Palestin di Baitul Maqdis keberatan untuk membeli-belah di bebarapa kawasan yang tidak mempunyai tempat memakir kereta, sehingga memberi kesan buruk ke atas ekonomi di kawasan terbabit.

Kempen tersebut bermula di Baitul Maqdis sejak hampir dua minggu lalu, dan akan dikembangkan ke kawasan sekitarnya.

Penduduk Palestin memakir kereta di tepi jalan di hadapan rumah mereka juga berhadapan dengan ancaman yang sama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts