GAZA, 3 Sep 2014 (PNN | IMEMC) — Dalam tempoh tidak samapai 48 jam, tentera Zionis melanggar persetujuan gencatan senjata buat kali kedua apabila mereka melepaskan tembakan ke arah beberapa nelayan Gaza berdekatan pantai di kawasan Sudaniyya di barat Gaza City dan menculik dua orang daripada mereka.
Mangsa yang diculik adalah Mussa Tallal Al-Sultan, 23 tahun, dan Mohammad Zayid, 19 tahun, yang berasal dari Al-Slateen.
Serangan terbaharu ini merupakan perlanggaran secara langsung rejim Zionis terhadap gencatan senjata yang dipersetujui pada 28 Ogos lalu. Persetujuan tersebut antara lain membenarkan nelayan Gaza keluar ke laut sehingga enam batu nautikal tanpa sebarang gangguan oleh tentera Zionis. Manakala dalam Perjanjian Oslo, nelayan Palestin dibenarkan belayar sehingga 20 batu nautikal.