Zionis lanjut tahanan ke atas ibu Omar al-Abed

RAMALLAH, 25 Julai 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis memindah ibu kepada Omar al-Abed, Ibtisam al-Abed, ke penjara HaSharon serta melanjutkan tempoh tahanan ke atas beliau sehingga hari Khamis.

Omar al-Abed cedera dan ditangkap oleh polis Zionis setelah beliau menikam mati tiga pendatang Yahudi di penempatan haram Halamish minggu lalu. Ibunya Ibtisam ditangkap bersama seorang pemuda Palestin selepas tentera menyerbu perkampungan Kobar di barat Ramallah, Selasa lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts