Zionis lanjut tahanan ke atas jurnalis al-Natsha buat kali ke-2

AL-KHALIL, 17 Nov 2016 (PIC) — Rejim Zionis semalam melanjutkan tempoh tahanan ke atas jurnalis Nidhal al-Natsha yang dikurung di penjara Petah Tikva selama lima hari lagi.

Pihak rejim mendakwa mereka perlu menyoal lanjut tentang satu liputan media yang dibuat oleh Nidhal berkaitan tindakan pegawai penjara Zionis memaksa para tahanan Palestin makan.

Nidhal diculik dari rumah keluarga beliau 10 hari lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts