AL-QUDS, 17 Ogos 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis melanjutkan hukuman larangan perjalanan ke atas timbalan ketua Pergerakan Islam 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, selama enam bulan lagi.
Larangan yang akan berlanjutan sehingga 20 Januari 2017 ini merupakan hukuman kali keenam ke atas Sheikh Kamal sejak tahun lalu.
Di samping itu, beliau juga tidak dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa dan wilayah al-Quds. Sheikh Kamal akan disoal siasat berterusan dan dikenakan tahanan dalam rumah.