Zionis lanjut tempoh tahanan ke atas murabitat Khadija

AL-QUDS, 27 Jun 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis melanjutkan tempoh tahanan ke atas murabitat Khadija Khweis sehingga Khamis minggu hadapan. Beliau yang dituduh terlibat dengan aktiviti pertubuhan yang diharamkan.

Beliau sebelum ini pernah ditahan sebanyak empat kali atas tuduhan yang sama. Ibu kepada lima orang anak itu dikenakan berbagai sekatan secara sistematik oleh pihak rejim sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anak lelaki beliau turut ditangkap dan disoal siasat selama beberapa jam sebelum dibebaskan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts