Zionis lanjutkan tahanan ke atas murabitat Khadija

AL-QUDS, 17 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah Majistret Zionis semalam melanjutkan tempoh tahanan ke atas murabitat al-Aqsa, Khadija Khweis.

Khadija diarah hadir untuk disoal siasat di pusat siasatan Maskoubiya Rabu lalu, di mana beliau kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke mahkamah. Beliau didakwa menjadi ahli sebuah “pertubuhan haram.” Sebelum ini beliau pernah ditahan sebanyak empat kali atas tuduhan yang sama.

Anak perempuan Khadija yang berumur 16 tahun serta dua adik lelakinya dan ibu kepada Khadija turut diarah hadir untuk disoal siasat, namun mereka tidak mematuhi arahan tersebut. Pihak polis bertindak menangkap anak perempuan dan suami Khadija, tetapi dibebaskan kemudiannya.

Ketika disoal siasat, anak perempuan Khajida memaklumkan kepada pihak berkuasa Zionis bahawa neneknya tidak mampu bergerak sendiri, dan kedua-dua adiknya terlalu kecil untuk disoal siasat.

Khadija sebelum ini diharamkan memasuki Masjid al-Aqsa dan ke luar negara untuk tempoh enam bulan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts