Zionis lanjutkan tahanan ke atas Prof al-Barghouthi

RAMALLAH, 14 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menolak rayuan serta melanjutkan tempoh tahanan ke atas pakar astrofizik Palestin, Profesor Imad al-Barghouthi sementara menunggu siasatan lanjut.

Beliau ditangkap pada 24 April lalu atas tuduhan menghasut terhadap Zionis di media sosial. Terdahulu, sebuah mahkamah memutuskan supaya Prof Imad dibebaskan dari tahanan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts