Zionis lanjutkan tempoh larangan memasuki Al-Quds ke atas Sheikh Raed

AL-QUDS, 29 Dis 2015 (PIC) — Rejim penjajah Zionis melanjutkan tempoh larangan bagi pemimpin Pergerakan Islam 1948 di wilayah Palestin yang terjajah, Sheikh Raed Salah, daripada memasuki kota suci al-Quds dan Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama enam bulan.

Polis Zionis sebelum ini telah beberapa kali melanjutkan tempoh larangan tersebut yang dikenakan sejak tahun 2007.

Sheikh Raed mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai bukti bahawa penjajahan Zionis tidak akan berkekalan. “Kesungguhan mereka dalam mencabul keadilan meningkatkan lagi keyakinan kami terhadap kehancuran dan kekalahan penjajahan,” kata beliau.

Isnin lalu, seorang pegawai polis Zionis menyerahkan keputusan yang diperbaharui itu di khemah bantahan di bandar Umm al-Fahm, yang dibina sebagai protes membantah keputusan rejim Zionis mengharamkan Pergerakan Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts