AL-KHALIL, 7 Jan 2015 (PIC) — Rejim penjajah Zionis semalam melanjutkan tempoh tahanan ke atas tiga wanita Palestin yang ditangkap di al-Khalil.
Dua daripada mereka iaitu Abla al-Adam, 45 tahun, dan remaja Lama al-Bakri, 15 tahun, masih menanggung kecederaan ditembak di bahagian tangan ketika ditangkap.
Tahanan ke atas Abla al-Adam dilanjutkan sehingga 12 Januari, manakala Lama al-Bakri akan ditahan sehingga 18 Januari atas alasan keperluan untuk melengkapkan prosedur perundangan. Tanahan ke atas wanita ketiga Abeer al-Tamimi, 27 tahun, dilanjutkan hingga 10 Januari atas alasan yang sama.
Ketiga-tiga mereka ditangkap pada akhir Disember lalu.