Zionis lanjutkan tempoh tahanan kes serangan di Tel Aviv

ARARA, 10 Jan 2016 (PIC) — Mahkamah Majistret Zionis di Haifa melanjutkan tempoh tahanan ke atas lima penduduk Palestin yang dituduh membantu aktivis Nashat Melhem membuat serangan di Tel Aviv pada 1 Januari lalu.

Dua daripada yang ditahan adalah saudara kepada Melhem. Tahanan ke atas semua mereka dilanjutkan sehingga 10 hari lagi.

Manakala bapa Melhem, Muhammad, telah dibebaskan dan dikenakan hukuman tahanan dalam rumah selama 10 hari. Beliau bersama soerang lagi anaknya ditangkap seminggu lalu.

Melhem telah dibunuh oleh pasukan khas tentera Zionis Jumaat lalu di Arara, setelah diburu selama lapan hari. Beliau dituduh melakukan serangan di Tel Aviv, di mana dua orang Yahudi telah terbunuh dan beberapa lagi tercedera. Jenazah Melhem masih ditahan oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts