Zionis Larang 645 Kali Laungan Azan di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 1 Jan 2018 — Rejim Zionis melarang laungan azan di Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil sebanyak 645 kali sepanjang tahun 2017.

Jabatan Wakaf hari ini menyatakan rejim Zionis telah melarang 53 kali laungan azan sepanjang bulan Disember baharu lalu. Kenyataan tersebut menegaskan bahawa larangan azan merupakan satu pencabulan ke atas kesucian Masjid Ibrahimi dan kebebasan hak penduduk Palestin mengamalkan ajaran agama.

Larangan tersebut sebenarnya bertujuan untuk menguasai tapak suci umat Islam itu dan menggalakkan pendatang Yahudi menyerang kota al-Khalil dan penduduk Palestin.

(PIC, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts