Zionis luaskan kawasan penempatan haram di Salfit

SALFIT, 2 Mei 2017 (Maan) — Tentera Zionis pagi tadi meratakan tanah milik persendirian penduduk Palestin di utara perkampungan Brukin yang terletak di barat wilayah Salfit untuk meluaskan lagi kawasan penempatan haram Ariel.

Tanah seluas 12.5 ekar yang terletak di kawasan Khallat al-Zaafaran dan al-Harayiq itu adalah milik beberapa orang penduduk Brukin, di mana mereka dihalang mengusahakannya kerana terletak berdekatan dengan kawasan industri Ariel. Sebelumnya, kawasan tersebut ditanam dengan gandum dan barli.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts