Zionis lulus pembinaan 200 rumah penempatan haram baharu di al-Quds

AL-QUDS, 15 Mei 2017 (PNN) — Rejim Zionis hari ini meluluskan pembinaan lebih 200 buah rumah baharu di Kochav Yaakov, iaitu sebuah penempatan haram untuk Yahudi ultra-ortodoks.

Mereka mendakwa rancangan pembinaan tersebut telah diluluskan dalam tahun 1980-an, namun tertangguh kerana pemajunya telah muflis. Projek tersebut dikatakan sebahagian daripada pembinaan 1,200 buah rumah yang mana 750 daripadanya telah disiapkan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts