AL-QUDS, 18 Ogos 2016 (PIC) — Rejim Zionis meluluskan projek kereta kabel yang akan menghubungkan Pintu al-Magharebah di tembok Masjid al-Aqsa, City of David di bandar Silwan, Jabal al-Masyarif dan juga Bab al-Asbat, yang akan melibatkan pembinaan di atas tanah wakaf Palestin di tanah perkuburan Bab al-Rahma.
Projek kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Hal Ehwal Agama dan Pelancongan serta pihak perbandaran Zionis itu merupakan salah satu dariapda 19 projek Yahudisasi dalam agenda “visi baharu al-Quds” yang sebahagian besarnya melibatkan kawasan selatan Kota Lama. Ia bakal menelan belanja sebanyak $US400 juta dan dijangka siap pada tahun 2030.
Pembinaan ini juga melibatkan pembinaan sebuah jambatan besar di Pintu al-Maghareba menuju ke bandar Silwan, di mana laluan trafik akan ditukar dan jalan-jalan akan dilebarkan.