Zionis lulus undang-undang benarkan kanak-kanak al-Quds bawah 14 tahun dihukum penjara

BEIT LAHM, 3 Ogos 2016 (Maan) — Parlimen Zionis hari ini meluluskan rang “Undang-Undang Belia” yang membenarkan kanak-kanak Palestin di al-Quds yang berumur 14 ke bawah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan melakukan “keganasan” ke atas penduduk awam Yahudi mahupun tentera Zionis.

Undang-undang tersebut bertujuan untuk menghukum terutamanya kanak-kanak al-Quds Timur yang cuba membuat serangan anti-penjajahan termasuk mereka yang sedang melalui proses pengadilan di mahkamah, mereka yang sudahpun dijatuhkan hukuman, atau yang masih ditahan oleh mahkamah tentera Zionis.

Pada bulan Julai 2015, parlimen Zionis telah meluluskan undang-undang bagi menjatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun ke atas mereka yang dibuktikan terlibat dalam aksi membaling batu ke arah kendaeraan tentera Zionis atau kaum Yahudi. Undang-undang tersebut juga membenarkan tertuduh dipenjara sehingga 10 tahun sekiranya dakwaan ke atas mereka tidak dapat dibuktikan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts