Zionis luluskan pembinaan 212 unit rumah penempatan haram baharu di al-Quds

AL-QUDS, 19 Apr 2017 (PIC) — Pihak berkuasa rejim penjajah Zionis hari ini meluluskan pembinaan 212 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Pisgat Ze’ev dan Ramat Shlomo di wilayah al-Quds yang terjajah.

Pembinaan tersebut merupakan sebahagian daripada rancangan penempatan yang akan dilaksanakan sepanjang era pentadbiran baharu Amerika.

Bulan lalu, kabinet Zionis meluluskan pembinaan penempatan haram baharu di Tebing Barat bagi pendatang Yahudi yang dipindah keluar dari pos penempatan haram Amona.

Pada 23 Disember 2016, Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi mendesak dihentikan semua penempatan haram dalam wilayah Palestin yang terjajah. Amerika mengambil pendirian berkecuali dalam undian tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts