Zionis Luluskan Pembinaan Lebih 450 Unit Rumah Pendatang Di Al-Quds Timur

AL-QUDS, 17 Nov 2015 (IMEMC) — Pemimpin Zionis Benyamin Natanyahu hari ini meluluskan pembinaan sebanyak 454 unit rumah baharu bagi pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram di Al-Quds Timur.

Kelulusan tersebut melibatkan pembinaan 436 unit tambahan rumah di Ramat Shlomo di utara Al-Quds Timur dan 18 lagi berdekatan Ramot. Pembinaan di Ramat Shlomo merupakan sebahagian daripada 1,500 unit yang diumumkan pada tahun 2010 ketika Naib Presiden Amerika, Joe Biden, membuat lawatan ke negara haram itu sungguhpun tindakan mereka itu bertentangan dengan semua undang-undang antarabangsa.

Baru-baru ini pihak perbandaran Zionis di Al-Quds Barat meluluskan pembinaan sebanyak 891 unit rumah di kawasan penempatan Gilo, di dalam wilayah Bethlehem di Tebing Barat. Netanyahu juga meluluskan pembinaan 2,200 unit rumah di penempatan Ma’ale Michmas di timur Ramallah.

Penempatan haram Yahudi tersebar di seluruh kawasan Tebing Barat dan Al-Quds Timur, menempatkan seramai lebih 500,000 pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts