Zionis luluskan rancangan perluas penempatan haram Gilo

AL-QUDS, 22 Dis 2015 (AIC) — Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Tempatan Zionis di al-Quds meluluskan rancangan untuk membina 891 unit rumah tambahan di kawasan penempatan haram Gilo di Tebing Barat.

Penempatan haram Gilo yang dibina sejak tahun 1973 kini menempatkan seramai 40,000 pendatang Yahudi. Ia dibina di atas tanah Palestin yang dirampas di perkampungan Sharafat, Beit Jala dan Beit Safafa. Kerja meluaskan kawasan penempatan haram itu menjadikan Gilo sebagai wilayah yang besar di antara Al-Quds dan daerah Beit Jala-Bethlehem.

Pembinaan baharu ini melibatkan satu kawasan di antara kawasan Gilo yang sedia ada dan bandar Beit Jala.

Kelulusan pembinaan sebenarnya telah dibuat sejak tahun 2012, dan “keluluan semula” ini dilihat sebagai persediaan bagi mengenal pasti keperluan lojistik. Bahkan 708 unit daripada 891 rumah tersebut telah mula dibina sejak April lalu.

Zionis kononnya membekukan semua pembinaan baharu pada bulan lalu, apabila Benjamin Netanyahu bertemu dengan Barak Obama di Washington.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts