Zionis Luluskan Undang-Undang Untuk Penjarakan Kanak-Kanak

BETHLEHEM, 25 Nov 2015 (Maan) — Parlimen Zionis meluluskan rang undang-undang dalam undian peringkat pertama bagi membenarkan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun yang berhadapan dengan dakwaan keganasan dipenjarakan.

Rang undang-undang diluluskan dengan undian awal dengan 64 menyokong dan 22 membantah.

Sekiranya dilaksanakan, kanak-kanak di bawah 14 tahun akan ditahan di rumah sehingga mereka mencecah umur 14 tahun di mana mereka akan dipindahkan ke penjara biasa. Undang-undang tersebut bagaimanapun hanya boleh digunapakai ke atas penduduk di wilayah Palestin 1948 yang terjajah, kerana penduduk Tebing Barat dan Gaza tertakluk kepada undang-undang tentera yang membenarkan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dipenjarakan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts