Zionis Masih Menahan 32 Jenazah Penduduk Palestin

RAMALLAH, 24 Nov 2015 (PIP) — Rejim Zionis sehingga kini masih menahan 32 jenazah penduduk Palestin yang meninggal dunia sepanjang tempoh bermulanya kempen Intifadah Al-Quds.

Penahanan tersebut dibuat sebagai ancaman untuk menakutkan penduduk Palestin dan keluarga mereka. Namun para pemerhati mendapati bahawa tindakan tersebut hanyalah membakar hebat lagi kebangkitan yang tercetus sejak Oktober lalu.

Secara keseluruhannya penjajah Zionis telah menahan 44 jenazah sehingga semalam, di mana 12 daripadanya telah diserahkan ke pangkuan keluarga untuk dikebumikan.

Rejim Zionis telah mengambil langkah yang sama ketika berlakunya intifadah terdahulu. Tindakan mereka itu melahirkan perdebatan pendapat di kalangan pemimpin politik Zionis sendiri. Hasil daripada langkah menahan jenazah dilihat memberi kesan negatif bagi pihak rejim, di mana ia melahirkan provokasi sehingga melahirkan lebih ramai pemuda yang turun menyertai kempen intifadah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts