Zionis Sambung Pembinaan Tembok Pemisah di Beit Lahm

BEIT LAHM, 21 Dis 2017 — Rejim Zionis hari ini mula membina sebahagian daripada jaringan Tembok Pemisah di bandar Teqoa di timur Beit Lahm.

Pasukan buldozer mula memasuki bandar Teqoa di awal pagi dan membina sekatan bongkah-bongkah simen di utara bandar tersebut. Pembinaan tembok ini akan sekaligus merampas baki tanah-tanah pertanian penduduk Palestin selepas dirampas sebelum ini untuk pembinaan penampatan haram Tekoa.

Tembok Pemisah Zionis sepanjang 708 kilometer itu mula dibina pada tahun 2002, di mana 88 peratus daripadanya dibina di atas tanah Palestin. Rejim Zionis mendakwa tembok tersebut bertujuan kononnya untuk menghalang serangan penduduk Palestin, namun majoriti penganalisa mendakwa ianya adalah helah merampas tanah Palestin pada skala yang sangat besar.

Mahkamaj ICJ pada tahun 2004 memutuskan tembok tersebut melanggar undang-undang antarabangsa dan pembinaannya mesti dihentikan. ICJ turut memerintah rejim Zionis supaya membayar segala ganti rugi atas kehilangan dan kerosakan harta kepada penduduk Palestin.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts