Zionis mula proses pembinaan tembok bawah tanah di sempadan Gaza

GAZA, 4 Ogos 2016 (PIP) — Kementerian Perang Zionis minggu ini mengeluarkan tender untuk pembinaan tembok bawah tanah di sepanjang sempadan Gaza bagi menangani ancaman terowong.

Tender tersebut ditawar kepada 20 syarikat besar dalam bidang pembinaan. Pembinaan akan dimulakan pada bulan Oktober nanti.

Fasa pertama pembinaan melibatkan tembok sepanjang 10 kilometer dari jarak keseluruhan 60 kilometer di sepanjang sempadan. Tembok tersebut akan dibina dalam dua bahagian, di atas dan di bawah tanah, dan dilengkapkan dengan teknologi yang dapat mengesan penggalian terowong berdekatan tembok.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts