GAZA, 5 Jan 2017 (PIC) — Kementerian Pertanian Palestin melaporkan bahawa rejim Zionis mula menyembur racun perosak dengan menggunakan kapal terbang di sepanjang sempadan Gaza.
Menurut kementerian, tindakan tersebut dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan, untuk memusnahkan tanaman dan hasil pertanian petani Gaza. Tahun lalu, tanaman seluas 400 hektar musnah akibat tindakan yang sama.