Zionis musnah 2 rumah di Qalandiya, 4 penduduk cedera

AL-QUDS, 4 Julai 2016 (Maan) — Tentera Zionis memusnah dua buah rumah penduduk Palestin di Qalandiya malam tadi, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk kem pelarian yang sangat padat itu.

Hukuman memusnahkan rumah keluarga Assaf dan Abu Habsa dibuat berikutan dakwaan bahawa dua orang pemuda dari keluarga mereka telah melakukan serangan menikam Yahudi tahun lalu. Enam ahli keluarga pelarian terbabit kehilangan tempat tinggal.

Tentera Zionis menembak peluru hidup dan mencederakan empat penduduk apabila pertempuran tercetus ketika sekitar 1,000 askar mula menyerang masuk kem tersebut untuk melakukan perobohan. Mereka turut melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan menghalang ambulan memasuki kawasan kem untuk membantu mangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts