JENIN, 4 Jun 2017 (PIC) — Pasukan tentera penjajah Zionis lengkap dengan tujuh buah lori dan tiga buah buldozer mengepung sebuah kawasan di barat daya bandar Yabad dan memusnahkan lima buah kilang arang serta merampas ratusan tan kayu, menyebabkan ratusan penduduk Palestin hilang pekerjaan.
Lima buah kilang-kilang tersebut adalah milik penduduk Palestin Mansour Abu Bakr, Subhi Zeid, Hafed Abu Bakr, Mansour Abu Bakr dan Bilal Abadi.
Lebih 1,000 keluarga Palestin di Yabad bergantung kepada industri membuat arang sebagai satu-satunya sumber pendapatan.
Sejak lebih dua tahun lalu, tentera Zionis memusnahkan hampir 120 buah struktur binaan bagi industri tersebut, untuk memberi laluan kepada perluasan kawasan pos penempatan haram Mevo Dotan. Beberapa hari sebelum Ramadan, tentera Zionis memusnahkan lapan buah binaan struktur untuk kegunaan membuat arang di Yabad, di mana setiap satu bernilai 700,000 shekel (RM843,000).