Zionis musnahkan 8 rumah Badwi di al-Quds

BEIT LAHM, 9 Okt 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Zionis memusnahkan lapan buah rumah masyarakat Badwi di Khal al-Ahmar di tengah Tebing Barat.

Tindakan rejim penjajah di kawasan berdekatan penempatan haram Maale Adumim itu meninggalkan 28 penduduk Badwi Palestin tanpa tempat tinggal.

Rumah-rumah tersebut dibina sejak tahun 2012. Ogos lalu, pihak rejim turut mengeluarkan arahan untuk meroboh sebuah sekolah di kawasan tersebut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts