Zionis musnahkan kebun zaitun walaupun masih menunggu keputusan mahkamah

TULKAREM, 16 Ogos 2016 (Maan) — Tentera Zionis mencabut lebih 50 pohon zaitun milik penduduk Palestin di perkampungan Shufa pagi tadi, dua minggu sebelum pihak mahkamah dijadualkan membuat keputusan rayuan ke atas tanah yang dirampas oleh pihak rejim itu.

Tanah seluas 10 ekar milik petani Abed Hamid dirampas dua bulan lalu, dan diisytiharkan sebagai “tanah negara” bagi tujuan meluaskan kawasan penempatan haram Avne Hefetz. Beliau memfailkan rayuan di sebuah mahkamah Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts