Zionis Musnahkan Lima Kedai Palestin

AL-QUDS, 20 Sep 2015 (AIC) — Rejim Zionis hari ini memusnahkan lima buah bangunan kedai milik penduduk Palestin di bandar Hezma yang terletak di timut laut Al-Quds.

Polis Zionis menceroboh masuk kawasan Hezma pada awal pagi dan merobohkan bangunan kedai tersebut atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran. Bangunan tersebut terletak di Kawasan C yang dikawal sepenuhnya oleh tentera ZIonis.

Rejim secara mendadak meningkatkan kempen memusnahkan rumah dan bangunan milik penduduk Palestin sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bulan Ogos lalu sahaja, sekurang-kurangnya 109 buah bangunan telah dimusnahkan, iaitu peningkatan sebanyak lima kali ganda dibanding dengan bulan sebelumnya.

Menurut laporan PBB, sebanyak 417 buah bangunan milik penduduk Palestin di Al-Quds dan Tebing Barat telah dimusnahkan sehingga 1 September. Seramai 495 orang hilang tempat berteduh, di mana 277 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sepanjang tahun 2014, sebanyak 601 bangunan telah dimusnahkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts