GURUN NAQAB, 9 Jun 2016 (PIC) — Polis Zionis yang lengkap dengan jentera buldozer memusnahkan perkampungan al-Araqeeb buat kali ke-99, atas alasan pembinaan tanpa kebenaran.
Keluarga Badwi Palestin di kawasan gurun itu kini sekali lagi kehilangan tempat berteduh. Namun seperti sebelum ini, penduduk terbabit akan membina semula rumah mereka dan mencabar cubaan berulang kali pihak Zionis untuk menghalau mereka meninggalkan tempat asal mereka itu.
Pihak Zionis tidak mengiktiraf perkampungan al-Araqeeb dan beberapa perkampungan Badwi yang lain, bahkan enggan mengiktiraf mereka sebagai masyarakat Palestin kerana mereka kononnya tidak mempunyai bukti pemilikan tanah tersebut.