Zionis Musnahkan Perkampungan Al-Araqid Buat Kali Ke-90

GURUN NAQAB, 29 Okt 2015 (PNN) — Jentolak tentera Zionis kembali memusnahkan perkampungan Al-Araqib di selatan wilayah Palestin yang terjajah sejak 1948 buat kali ke-90 berturut-turut.

Ketua kampung, Syeikh Abu Shabah at-Thuri mengatakan bahawa penduduk terkejut dengan kehadiran pasukan besar tentera Zionis yang bersenjata lengkap, dengan membawa puluhan kenderaan dan jentera berat. Mereka memusnahkan kawasan perkampungan setelah mengepung serta menyekat ketat kawasan tersebut, dengan meratakan tanah dan meroboh semua rumah penduduk.

Menurut Syeikh Abu Shabah, penduduk Al-Araqib mengalami gelombang keganasan Zionis yang belum pernah terjadi sebelum ini. Penduduk kampung terpaksa tinggal tanpa tempat berteduh kecuali dengan berlindung di sebuah masjid kecil. Beliau berkata, “Kami tetap mempertahankan tanah ini, harta warisan nenek moyang kami. Kami tidak akan menerima alternatif pengganti apa sekalipun.”

Tentera dilaporkan turut memasuki bandar Rahat di Gurun Naqab dan memusnahkan bangunan di situ.

Rejim Zionis mendakwa mereka menghulurkan perdamaian dengan rakyat Palestin, namun pada hakikatnya mereka terus mengusir dan membunuh rakyat Palestin dengan semakin hebat. Sekitar 90,000 orang Badwi Palestin tiggal di beberapa perkampungan yang tidak diikiraf oleh rejim Zionis di kawasan Gurun Naqab, sungguhpun sebahagian besarnya telah wujud sebelum datangnya penjajah Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts