Zionis musnahkan rumah penduduk Badwi di Gurun Naqab dan Kota Lod

GURUN NAQAB, 4 Mei 2015 (Maan) — Pihak berkuasa rejim Zionis memusnahkan dua buah rumah masing-masing milik keluarga al-Naqeeb dan al-Farajat dimusnahkan di Lod yang terletak di kawasan tengah wilayah Palestin yang terjajah. Manakala di Gurun Naqab, sebuah rumah di perkampungan Wadi Ghwein dan sebuah lagi dipinggir kampung Kseifa turut dmusnahkan.

Di Gurun Naqab sahaja, sekitar 150,000 orang Badwi Palestin tinggal di beberapa buah perkampungan yang tidak diiktiraf oleh rejim penjajah. Manakala lebih 70% penduduk Badwi di Tebing Barat adalah pelarian yang dihalau dari perkampungan semi-nomad mereka.

Zionis menggunakan berbagai strategi bagi memindahkan penduduk Badwi untuk memberi laluan kepada pembinaan bandar dan penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts