Zionis musnahkan tiga buah rumah, taman permainan di Tebing Barat

BEIT LAHM, 12 Apr 2016 (Maan) — Tentera Zionis hari ini memusnahkan tiga buah rumah penduduk Palestin di perkampungan al-Walaja dan sebuah taman permainan kanak-kanak Zaatara di perkampungan Beita, selatan Nablus.

Buldozer tentera penjajah memusnahkan rumah milik keluarga Maher Abu Khyara, Issa Qintar dan Obeida al-Muhtasib yang semuanya masih dalam pembinaan di kawasan Ein al-Jweizeh di utara al-Walaja, atas alasan tidak mempunyai permit pembinaan.

Pihak rejim tidak mengeluarkan sebarang notis awal sebelum memusnahkan taman permainan yang dibina enam bulan lalu melalui sumbangan dana dari Belgium itu, yang merupakan satu-satunya tempat rekreasi kanak-kanak di Beita. Beita mempunyai 12,000 penduduk.

Zionis memusnahkan lebih 500 bangunan milik penduduk Palestin sejak awal tahun 2016, menyebabkan lebih 800 penduduk kehilangan tempat tinggal. Kebanyakan kes berlaku di Kawasan C yang ditadbir oleh rejim Zionis, di mana hampir 100% permohonan pembinaan oleh penduduk Palestin tidak diluluskan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts