Zionis paksa keluarga Palestin roboh rumah sendiri

AL-QUDS, 4 Okt 2016 (Alray) — Pihak berkuasa perbandaran Zionis di al-Quds memaksa keluarga Samer Dkaik memusnahkan sebahagian daripada bangunan rumahnya di kejiranan Assadeiah di Kota Lama atas alasan ia dibina tanpa kebenaran.

Samer terpaksa memusnahkan sebuah bilik tidur tiga orang anak lelakinya seluas 30 meter persegi yang dibina setahun lalu, bagi mengelak dikenakan denda berganda dan kos perobohan oleh rejim Zionis.

Sejak awal tahun ini, sebanyak 180 bangunan milik penduduk Palestin telah diroboh oleh rejim Zionis. Dalam tempoh tersebut rejim Zionis turut mengeluarkan arahan meroboh bangunan ke atas 20,000 buah rumah keluarga Palestin di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts