Zionis pasang halangan baharu di Pintu al-Asbat

AL-QUDS, 24 Julai 2017 — Rejim Zionis memasang halangan besi baharu di Pintu al-Asbab berdekatan Masjid al-Aqsa.

Para jemaah dan pekerja Wakaf terus berjaga di luar tapak suci umat Islam itu sejak 10 hari lalu, sebagai membantah tindakan rejim Zionis memasang pintu elektronik pengesan logam serta kamera keselamatan di pintu-pintu masuk masjid.

Mereka enggan memasuki masjid melalui pintu-pintu tersebut, berikrar akan tetap berjaga dan bersolat di luar masjid sehinggalah semua pintu-pintu serta kamera keselamatan dibuang semula dan masjid diserahkan kepada Jabatan Wakaf sebagaimana asalnya.

Pagi tadi, polis Zionis cuba menghalau jemaah dan penjaga masjid yang berada di Pintu al-Majlis, salah satu pintu utama. Namun mereka tetap cekal berada di situ. (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts