Zionis Penjarakan Kampung Di Al-Quds

AL-QUDS, 30 Mac 2015 (Falastin News) — Tentera Zionis membina sebuah pagar besi di pintu masuk utama perkampungan Zaim di timur Al-Quds bagi memisahkan sepenuhnya kawasan tersebut dari wilayah kota suci al-Quds. Ketua majlis kampung Zaim, Sob Laban dalam kenyataan beliau melahirkan rasa terkejut dengan tindakan rejim yang membina pagar tersebut atas alasan keselamatan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Menurut Sob Laban, pagar besi tersebut akan menyekat kemasukan warga Al-Quds ke kampung tersebut sekaligus memeritkan lagi kehidupan penduduknya. Beliau berkata, kampung mereka akan menjadi sebuah penjara besar dan terpisah dari Al-Quds.

Penduduk kampung Zaim telah menfailkan tuntutan supaya dihentikan pembinaan pagar tersebut, namun pembinaan diteruskan tanpa menghiraukan proses perundangan yang sedang berjalan.

Dengan adanya pagar tersebut, warga Al-Quds perlu mengambil masa selama satu jam untuk melintasi jalan sejauh empat hingga lima kilometer untuk sampai ke kampung Zaim, yang sebelumnya mengambil masa hanya dua minit. Sedangkan 98% penduduk kampung adalah warga Al-Quds. Tindakan rejim Zionis ini akan memberi kesan buruk kepada keadaan ekonomi di kampung tersebut kerana itulah satu-satunya pintu masuk dan keluar mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts