Zionis perbaharui larangan keluar daerah ke atas wanita al-Quds

AL-QUDS, 19 Dis 2016 (maan) — Rejim Zionis memperbaharui larangan keluar daerah ke atas Khadija Khweis yang berasal dari al-Quds Timur, setelah sebelum ini mengharamkan beliau memasuki Masjid al-Aqsa di Kota Lama al-Quds dan juga wilayah Tebing Barat untuk tempoh selama enam bulan.

Khadija diarah hadir ke balai polis Zionis di al-Muskubiya dan dimaklumkan larangan keluar daerah yang sepatutnya berakhir pada hari Rabu dilanjutkan sehingga sebulan lagi, atas alasan keselamatan.

Beliau merupakan salah seorang wanita Palestin yang diserang oleh tentera Zionis ketika cuba memasuki Masjid al-Aqsa, atas alasan mereka terlibat dengan kumpulan Murabitat [wanita penjaga al-Aqsa].

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts