Zionis perbaharui undang-undang halang penyatuan keluarga Palestin

BAITUL MAQDIS, 13 Jun 2017 (PIC) — Parlimen Zionis hari ini memperbaharui tempoh pelaksanaan undang-undang kerakyatan dan kemasukan, yang menghalang permohonan penduduk Palestin dari Tebing Barat, Gaza serta Iran. Lubnan, Syria dan Iraq untuk bersama keluarga mereka yang tinggal di “Israel”, selama setahun lagi.

Kenyataan Kementerian Luar Zionis mendakwa keluarga Palestin memasuki negara haram itu selepas mendapat kebenaran untuk bersama keluarga mereka terlibat dengan masalah keselamatan.

Lanjutan tempoh tersebut disokong oleh majoriti ahli parlimen, dengan 57 menyokong dan 16 membangkang.

Undang-undang tersebut dilaksanakan sejak 14 tahun lalu. Sungguhpun Mahkamah Tinggi Zionis menghalang prosedur tersebut dijadikan sebagai undang-undang kekal, rejim Zionis telah memperbaharuinya setiap tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts