Zionis Perhebat Serangan, Sasar Perdana Menteri

Ahmed Al Jabaari dan anaknya terkorban dalam serangan roket Shin Bet.
Ahmed Al Jabaari dan anaknya terkorban dalam serangan roket Shin Bet.

GAZA, 14 Nov 2012 – Keganasan tentera rejim Zionis ke atas wilayah Gaza berterusan sejak serangan bertali-arus yang mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pasukan pejuang Ezeddeen Al Qassam, Ahmed Al Jabaari.

Sejak jam 5.00 petang waktu tempatan, sudah lapan orang warga Gaza terkorban manakala 85 yang lain tercedera. Mereka dikejarkan untuk rawatan di Hospital As Syifa dan beberapa hospital lain di seluruh wilayah Gaza yang dikepung secara haram itu.

Ahmed Al Jabaari terkorban bersama anaknya apabila kereta yang sedang mereka naiki menjadi sasaran serangan roket pasukan perisikan Shin Bet. Susulan kejadian itu, lebih 40 serangan roket tentera Zionis dilancarkan ke wilayah Gaza, termasuk di kawasan hospital awam dan pelabuhan Gaza dengan menyasarkan kenderaan awam dan masjid.

Malahan kediaman Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, turut menjadi sasaran serangan roket pada jam 7.00 malam tadi waktu tempatan. Alhamdulillah beliau dan keluarga terselamat.

Pejuang-pejuang Palestin bertindak balas dengan melancarkan 40 serangan roket ke bandar-bandar Zionis, termasuk Tel Aviv. Rejim Zionis dilaporkan telah membunyikan siren peringatan kepada penduduknya untuk bersiap siaga.

Serangan balas pejuang Palestin telah berjaya meletupkan sebuah kapal perang Zionis, di samping mengorbankan seorang tentera Yahudi dan mencederakan beberapa yang lain. Mereka turut berjaya menghancurkan sebuah pusat komunikasi yang mengendali pesawat tanpa pilot (drone) menyebabkan pesawat-pesawat berkenaan tidak dapat berfungsi untuk mencari sasaran.

Berikutan perkembangan terbaru ini, rejim Zionis telah memohon untuk berdamai. Permohonan itu ditolak oleh pejuang-pejuang Palestin bagi meneruskan penentangan terhadap aksi zalim Zionis. Hingga detik ini pesawat tanpa pilot (drones) Zionis dan jet pejuang mereka masih terbang mengelilingi ruang udara wilayah Gaza.

Semoga seluruh umat Islam tidak henti menghulurkan doa untuk keselamatan kami dan Allah memberi kekuatan untuk pejuang-pejuang Palestin terus menyekat kejahatan tentera musuh yang sangat zalim itu.

—————-

Laporan Abdillah Onim, wakil MediaHALUAN di Gaza City; relawan MER-C Indonesia.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts