Zionis Perintah Roboh Rumah Dan Kemah Di Lembah Jordan

BETHLEHEM, 19 Nov 2015 (Maan) — Rejim Zionis mengeluarkan arahan merobohkan bangunan rumah dan kemah yang dibina di atas tapak rumah yang pernah dirobohkan sebelum ini di Lembah Jordan.

Ogos lalu, tentera Zionis memusnahkan 17 struktur bangunan di perkampungan Fasayil, meninggalkan 48 orang penduduk, termasuk 31 kanak-kanak, tanpa tempat berteduh.

Berikutan pemusnahan tersebut, hampir semua keluarga tetap tinggal di kawasan tersebut dengan memasang kemah dan struktur sementara.

Selasa lalu pihak Zionis datang ke situ dan memberi tempoh selama seminggu kepada penduduknya supaya meninggalkan kawasan tersebut.

Menurut laporan pertubuhan hak asasi B’Tselem, kebanyakan daripada keluarga terbabit telahpun dirobohkan rumah mereka pada tahun 2014.

Majoriti kawasan perkampungan Faisal terletak di dalam Kawasan C yang dikawal sepenuhnya oleh tentera rejim. Dalam bancian Palestin pada tahun 2007, Faisal menempatkan seramai 1,029 orang penduduk. Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada mereka bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan pertanian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts