Zionis perketat sekatan di al-Quds

AL-QUDS, 30 Mac 2016 (PIC) — Polis Zionis mengetatkan lagi sekatan bagi menghalang pergerakan penduduk Palestin di al-Quds.

Gerombolan besar pasukan polis dikerahkan ke sekitar pintu-pintu Kota Lama dan memeriksa semua kenderaan penduduk Palestin. Sebilangan pejalan kaki termasuk wanita juga disekat dan diperiksa.

Beberapa buah sekatan jalan sementara turut dibina di kawasan kejiranan al-Tur, bandar Silwan dan Jalan az-Zahra di kota al-Quds yang terjajah itu.

Enam penduduk Palestin termasuk seorang warga emas ditahan.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis mengharamkan guru Hanadi Halawani daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama enam bulan sejurus selepas beliau dibebaskan. Beliau ditangkap ketika menghadiri sesi perbicaraan rakannya Sahar Natseh di mahkamah, dan ditahan selama lima hari. Hanadi kemudiannya dikenakan hukuman tahanan dalam rumah sehingga hari Khamis, di samping denda sebanyak 5,000 shekel (RM 5,200).

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts