Zionis perketat sekatan ke atas Gaza

GAZA, 3 Ogos 2016 (WB) — Dewan Perniagaan dan Industri Gaza mendakwa rejim Zionis berusaha mengetatkan lagi sekatan ke atas penduduk Gaza yang berterusan sejak 10 tahun lalu.

Jurucakapnya Maher al-Tabaa menjelaskan bahawa pihak rejim telah membatalkan permit membawa masuk bahan asas industri kepada lebih 1,500 peniaga dan Gaza sejak awal tahun ini. Mereka turut membatalkan 150 transaksi dagangan antarabangsa.

Rejim penjajah juga didakwa membatalkan permit yang telah diluluskan kepada pekerja pertubuhan dan pegawai diplomatik antarabangsa yang beroperasi di Gaza.

Sekatan ke atas Gaza dikenakan sejak tahun 2007 selepas penduduk Gaza memilih Hamas sebagai pemerintah mereka, di mana semua laluan udara, air dan darat ditutup. Gaza mempunyai tujuan pintu lintasan masuk ke dunia luar, enam daripadanya di sempadan negara haram Zionis. Pintu lintasa Rafah di semapdan Mesir juga ditutup hampir sepanjang tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts