Zionis Perluas Penempatan Haram Untuk Imigran Perancis

AL-QUDS, 15 Jan 2015 (Palinfo) — Rejim Zionis merancang untuk meluaskan kawasan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat dan al-Quds Timur bagi menempatkan imigran Yahudi dari Perancis.

Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada majlis penempatan, menteri perumahan Uri Ariel telah mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan mencari jalan bagi meluaskan kawasan penempatan sedia ada bagi memberi ruang untuk pendatang baharu itu. Beliau berikrar untuk mengambil apa jua langkah bagi membantu Yahudi dari Perancis membina kehidupan di atas tanah Palestin yang dijajah.

Rejim Zionis mengambil kesempatan sepenuhnya di atas insiden terkini serangan pengganas di Paris dengan menyeru supaya Yahudi di negara tersebut berpindah ke negara bumi Palestin yang mereka jajah, walaupun pegawai-pegawai Perancis telah menyuarakan rasa kesal dengan seruan tersebut.

Sejak tahun lalu, bilangan imigran Perancis telah diramalkan meningkat secara mendadak apabila 6,000 orang telah berhijrah, iaitu dua kali ganda berbanding tahun 2013.

Agensi yang mempromosi program penghijrahan Yahudi ke negara haram ini pada asalnya menjangkakan seramai 15,000 Yahudi Perancis akan berhijrah pada tahun 2015 kerana meningkatnya ‘sentimen anti-Yahudi’ dan keadaan ekonomi Perancis yang murung.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts