Zionis Pertahan Tuntutan Ke Atas Bukit Golan Selepas Penemuan Simpanan Minyak

AL-QUDS, 17 Nov 2015 (IMEMC) — Pemimpin Zionis Benyamin Netanyahu dalam lawatannya ke Washington minggu lalu telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden Obama bagi membincangkan status Bukit Golan yang diduduki oleh rejim Zionis sejak 1967.

Tentera Zionis menyerang serta menduduki wilayah Syria yang dikenali sebagai Bukit Golan pada tahun 1967, dan kemudian menuntut wilayah tersebut pada tahun 1981. Sehingga kini mereka masih menempatkan tentera serta pendatang Yahudi di situ. Tetapi tuntutan rejim Zionis ke atas 0.65 peratus wilayah Syria itu sehingga kini tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Menurut sebahagian penganalisa, rejim Zionis kini mempunyai alasan baharu untuk mengukuhkan lagi tuntutan dan pendudukan mereka ke atas wilayah Syria itu – penemuan simpanan minyak yang sangat besar.

Bulan lalu, sebuah anak syarikat Genie Energy yang berpengkalan di Amerika, Afek, telah mengumumkan penemuan simpanan minyak yang sangat besar di kawasan tersebut. Ketua arkeologinya, Yuval Bartov, menyebut bahawa simpanan bawah tanah itu mungkin dapat membekalkan minyak sehingga berbilion barel.

Lesen penggalian eksplorasi bagi Afek telah diperbaharui oleh rejim Zionis untuk tempoh selama dua tahun lagi pada bulan Oktober lalu, sejurus selepas mereka menemui simpanan minyak tersebut.

Namun wilayah di mana terletaknya simpanan minyak tersebut adalah di bawah wilayah negara Syria.

Meskipun rejim Zionis menuntut hak ke atas simpanan minyak tersebut dan lesen kebenaran membina 10 telaga percubaan, penganalisa berpendapat bahawa penemuan minyak di Bukit Golan itu boleh mencetus semula konflik di antara Syria dan rejim Zionis berkaitan hak dan kawalan ke atas Bukit Golan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts