NAZARETH, 3 Jun 2016 (PIC) — Rejim Zionis meluluskan dana pelaburan berjumlah $US 220 bagi projek-projek penempatan haram Yahudi di al-Quds untuk tempoh lima tahun, di bawah nama “pembangunan kota.”
Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu berkata dana tersebut akan dilabur dalam sektor teknologi dan keusahawanan, manakala Datuk Bandar Nir Barkat mendesak supaya kementerian dan institusi Zionis dipindahkan ke al-Quds.
Namun bekas Menteri Hal Ehwal al-Quds bagi Pihak Berkuasa Palestin (PA), Hatem Abdul Qader, berpendapat bahawa peruntukan dana tersebut sebenarnya adalah untuk projek Yahudisasi dan sokongan kepada pendatang Yahudi di kota suci umat Islam itu.