RAMALLAH, 10 Jun 2016 (PIC) — Syarikat bekalan air Zionis, Merekot, semalam memotong bekalan air ke beberapa kawasan di utara Tebing Barat tanpa memberi amaran awal.
Tindakan tersebut memberi kesan yang besar kepada penduduk di bandar-bandar kawasan utara terutamanya Salfit dan Jenin, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Terdahulu, Merekot memutuskan untuk mengurangkan bekalan air di Salfit sebanyak 60%.
Setiap orang pendatang Yahudi mendapat bekalan air sebanyak 300 liter sehari, manakala penduduk Tebing Barat hanya mendapat 70 liter. WHO menyarankan sebanyak 100 liter sehari kepada setiap orang untuk keperluan asas minuman, sanitasi dan kebersihan diri.