Zionis putus bekalan air ke Salfit

SALFIT, 17 Mei 2016 (PIC) — Syarikat air Zionis, Merekot, hari ini memutuskan bekalan air ke kota Salfit di tengah Tebing Barat tanpa sebarang alasan.

Dalam kenyataan mereka, Merekot mengarahkan pengguna supaya mencatu penggunaan air dan mengambil langkah yang perlu untuk menyimpan air.

Perkampungan Kafr Addik, Bruqin, Sarta dan Biddyia di wilayah Salfit mempunyai simpanan sumber air bawah tanah yang kedua terbesar di Palestin. Oleh kerana faktor ini, rejim Zionis cuba merampas tanah di kawasan tersebut.

Syarikat Merekot mengambil kesempatan terhadap penduduk Palestin dengan menjual air yang diambil dari kawasan milik rakyat Palestin, dengan menjual air pada kadar yang tinggi melampau dan jumlah yang sedikit. Sedangkan pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram dapat membeli air dengan harga yang sangat rendah tanpa had.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts